Pages

Saturday, April 30, 2011

meNcariKEBEnaRaN..








mencari kebenaran..
ia perlu disertai sumpahan..
barulah rakyat bagi sanjungan..
kerana pemimpinya warak bukan sembarangan..


mencari kebenaran..
ia perlulah didalangi kuasa dalaman..
agar laungan kebebasan tidak kedengaran..
media cetak dan elektronik jadi sumber bahan..


mencari kebenaran..
ia perlulah dilihat dari segi kekuatan..
yang miskin tak beruang bukan harapan..
yang kaya tinggi dan berkuasa jadi sanjungan..


mencari kebenaran..
ia perlu ada strategi meyakinkan..
buruk baik jagan jadikan sempadan..
agar misi suci kebenaran dapat dilaungkan..


mencari kebenaran..
mestilah ada bukti keghairahan..
supaya gejala sosial dapat dihindarkan..
kerana ia merosakkan imej negara keislaman..


mencari kebenaran..
perlulah ia dibukakan..
segala maklumat perlu disebarkan..
supaya kita tidak lagi sanggup melakukan..


mencari kebenaran..
perlulah ada risiko keberanian..
masuk kelembah syurga kemaksiatan..
dilakonkan dengan watak-watak manusia syaitan..


mencari kebenaran..
jangan ada rasa ketakutan..
walupun bukan manusia beriman..
yang penting pertolongan berserta ganjaran..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...