Pages

Sunday, May 1, 2011

AZam??







azam??
ia..itulah satu ungkapan ulangan yang selalu hatiku pertuturkan..
azam nak belajar bersungguh-sungguh
azam jangan jadi pemalas..
azam nak jadi terbaek antara yang terbaek la..
azam nak kahwin pun ada..
tapi semuanya cuma bertahan dalam beberapa jam sahaja..
lepas tu bermula lah episod kemalasan..
semua azam yang dibuat tadi hilang macam tu je..
sibuk maen game travian...
sibuk baca,tgk isu-isu semasa kat internet terutama mengenai politik..
lepas tu sibuk pula tengok movie,anime..
dan macam-macam lah kesibukan...
sehinggakan pelajaran terabai dek kesibukan yang kureng bermanafaat..
dahlah sekang minggu peperiksaan..
persiapan belum lagi dibuat..
bajet terer la sangat...
sepatutnya time-time sekarang ni..
kurang-kurangkanlah kegiatan yang tak berfaedah tu..
bukan pun ia menjamin masa depan kau...
dah lupa ke harapan ibu-bapa kat kampung sana??
tak bolehkan luangkan masa sikit menelaah pelajaraan tu??
ingat kau kat semenanjung sana cuma suka-suka ke??
bukan untuk mengejar cita-cita??
bukankah itu la harapan kau sejak dulu-dulu lagi??
kenapa hampir kepenghujung kejayaan kau mula dah mengalah??
asyik tersungkur jatuh..
nak bangun pun ambil masa yang lama..
mak oi...
dah lupa ke pengorbanan keluarga??
bagaimana kesengsaraan mereka menyekolahkan anda??
sanggup berjemur panas terik semata-mata ingin melihat anda berjaya??
mereka tak mahu anda mengikuti jejak langkah mereka..
sebab itulah mereka berhempas-pulas cuba menolong anda..
jadi apa sumbagan kau pula terhadap mereka??
kegagalan??
kemaluan yang teramat??
kesedihan??
kemiskinan berterusan??
kerisauan??
tidakkah kau pernah terfikir akan itu??
tidakkah kau rasa bersalah terhadap mereka??
mereka menganggap kau belajar sedaya upaya..
padahal kau sebenarnya belajar ala kadar sahaja..
padahal mereka menaruh tinggi kat kau??
kau percuma hapuskan dan lenyapkan perasaan itu..
pergilah musabah diri...
janganlah kau ikut nafsu...
kerana ia boleh membawa anda kearah kebinasaan..
tak da yang selamat sekiranaya nafsu memperhambakan kita..
bahkan orang membenci kita..
kerana pe yang kita lakukan semuanya berpaksikan nafsu..
ingatlah..
kau dah terlajak dari jalan kebenaran..
pergilah kepada landasan yang asal..
jangan diikutkan bisikan-bisikan syaitan durjana..
sesungguhnya mereka tidak lain tidak bukan..
mahu membinasakan akhlak dan moral manusia..
supaya mereka berada dalam kesesatan yang dahsyat..
fikir-fikirkanlah..
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...